أم فروة بنت القاسم بن محمد بن أبي بكر
Ummu Farwah binti al-Qasim RH
Isteri Muhammad al-Baqir; cicit Abu Bakar RA
Ibu Ja'far as-Sadiq
Ummu Farwah ialah puteri al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar, salah seorang fuqaha' Madinah yang terkenal, dan cicit Abu Bakar as-Siddiq RA. Menurut adz-Dzahabi, ibunya pula Asma' binti 'Abd ar-Rahman bin Abi Bakar. Maka beliau berketurunan Abu Bakar RA dari sebelah ayah dan sebelah ibu.
Beliau berkahwin dengan Muhammad al-Baqir dan melahirkan Ja'far as-Sadiq. Kerana itulah Ja'far berkata:
"Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkanku dua kali."