ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ الحَنَفِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
Saidina Thumamah bin Uthal RA
Pembesar Yamamah yang memeluk Islam di Madinah
Tawanan yang Bersyahadah
Saidina Thumamah bin Uthal RA ialah pembesar Bani Hanifah di Yamamah. Beliau ditawan oleh pasukan berkuda Rasulullah ﷺ dan diikat pada tiang Masjid Nabawi. Selepas tiga hari Baginda membebaskannya, lalu beliau mandi dan kembali bersyahadah, dan berkata bahawa wajah, agama dan negeri yang dahulu paling dibencinya kini menjadi yang paling dicintainya (Sahih al-Bukhari). Kisahnya diceritakan dalam Kisah Sisipan Bab 13. Menurut Ibn Hajar, beliau kekal teguh dan menentang Musailamah ketika kaumnya murtad.