بَحِيرَى الرَّاهِب
Bahira
Rahib Nasrani di Busra
Rahib di Busra
Bahira ialah seorang rahib Nasrani di Busra, Syam. Menurut Ibn Ishaq, beliau orang yang paling alim tentang kitab-kitab Nasrani pada zamannya. Ketika Rasulullah ﷺ, masih kanak-kanak, ikut bapa saudaranya Abu Talib dalam kafilah ke Syam, rahib itu mengenali sifat-sifat kenabian pada Baginda, melihat meterai kenabian di antara kedua-dua bahunya, dan menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang dan menjaganya (Bab 2).